#Amanz24 – Model Laptop Baru Dari Acer Malaysia, Penamatan Telco Tron, App MyPay.

Công nghệ



Acer Malaysia telah mengumumkan siri peranti baru mereka untuk pasaran Malaysia. Mereka hadir dengan komputer riba Acer Swift 5, Acer Swift 3, Acer Aspirer 5 dan Acer Predator Orion 3000. Untuk Acer Swift 5, ia dilengkapi dengan CPU Intel generasi kelapan, SSD sebesar 512GB, dan mempunyai rekaan rangka senipis 15.9mm. Namun, harga jualan bagi peranti ini masih belum diketahui.

Mengenai Acer Aspire 5 pula, ia hadir dengan paparan bersaiz 15.6 inci yang dikuasakan oleh dengan pilihan CPU Intel Core i7 dan i5, kad grafik NVIDIA GeForce MX150, dan juga hadir dengan ciri-ciri seperti pembesar suara Acer TrueHarmony. Harga jualan bagi komputer riba ini adalah bermula RM 2699.

Selain itu, Acer turut mengumumkan kehadiran desktop Acer Predator Orion 3000. Komputer ini dikuasakan oleh pilihan CPU Intel Core i5 dan Core i7, memori DDR4 sehingga 8GB, storan SSD 128GB dan juga pilihan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1060 ataupun GeForce GTX 1050 Ti. Dekstop ini boleh mula dibeli di pasaran tempatan pada harga bermula RM 3999.

Huawei Malaysia hari ini mengumumkan secara rasminya penawaran Huawei Mate 20 Pro versi 8GB RAM dan storan sebesar 256GB untuk pasaran tempatan. Telefon pintar ini hadir dengan janaan cip Kirin 980, skrin bertakuk yang dilengkapi pengimbas cap jari, dan menyertakan sokongan kad NM untuk memperluaskan storan. Ia dilengkapi dengan sokongan pengecasan nirwayar. Telefon pintar ini ditawarkan secara rasminya bermula 22 Disember ini pada harga RM3999.

Razer Turret For Xbox One telah dilancarkan secara rasmi di pasaran global. Papan kekunci ini hadir dengan sokongan lampu RGB Razer Chroma, selain selari dengan sistem lampu Xbox Dynamic Lighting. Tetikus yang disertakan mempunyai keperincian sehingga 16,000 DPI dan mengesan pergerakan 450 inci sesaat. Bateri tetikus yang digunakan dapat bertahan sehingga 50 jam manakala papan kekunci pula bertahan selama 43 jam. Pra-tempahan telah dibuka untuk pasaran global.

TRON kini mengumumkan bahawa mereka akan menghentikan perkhidmatan telekomunikasi MVNO bermula 17 Januari 2019 kelak. Mereka melaporkan penghentian servis ini selepas penamatan kontrak mereka bersama Digi. Pengguna TRON digalakkan membuat pertukaran kepada syarikat telekomunikasi lain untuk mengekalkan nombor telefon. Pengguna boleh menyemak laman rasmi TRON bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai penutupan perkhidmatan ini.

Akhir sekali, aplikasi MyPay dijangka hadir dalam membantu pengguna ketika membuat urusan pembayaran kepada agensi kerajaan. Aplikasi ini menghimpunkan pelbagai perkhidmatan dibawah agensi kerajaan dibawah satu hab. Antara perkhidmatan yang dipaparkan termasuklah info saman daripada PDRM, saman dari Majlis Perbandaran, info berkaitan cukai jalan daripada JPJ dan beberapa agensi lain. MyPay dijangka akan dilancarkan kepada semua pengguna bermula awal Januari 2019 ini.

Nguồn: https://welovedesignaward.com/

Xem thêm bài viết khác: https://welovedesignaward.com/category/cong-nghe/

12 thoughts on “#Amanz24 – Model Laptop Baru Dari Acer Malaysia, Penamatan Telco Tron, App MyPay.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *